Hari ni aku nak share skit mengenai keajaiban Mekah yang mungkin kita tidak pernah ketahui (atau dah pernah ketahui). Aku ada terbaca kisah keajaiban ini di dalam sebuah website dulu, tapi aku tak ingat apa laman web tersebut. Jadi, aku, bersama Google mencari kisah-kisah keajaiban Mekah yang akan aku wrapkan di dalam post ini. Kebanyakan artikel-artikel ini diperoleh daripada beberapa laman web dan ada juga dari beberapa laman web Indonesia. Jadi, segala silap ejaan dan sebutan ayat yang agak pelik, maafkan saya. Saya cuba membetulkan segala kesalahan.
Rahsia Mekah : Nombor 1.618 – Keajaiban Allah
sumber: sini
Dalam klip video itu, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam bandar suci Mekah selama beribu-ribu tahun. Apakah rahsia tersebut? Rahsia nombor hebat matematik – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah s.w.t sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah s.w.t sering menggunakan nombor yang sama iaitu “nombor nisbah emas – 1.618“.
Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada Piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang astronomer bernama Kepler menyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagai harta yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, pakar estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap rupa dan badan manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap cantik oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi nisbah emas – rekabentuk sempurna (perfect design). Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.
Dimanakah titik nisbah emas di bumi?
Hasil kajian mendapati “the world’s golden ratio point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan kutub utara serta nisbah jarak antara Mekah dan kutub selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah timur dan barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan kota Mekah. Subhanallah.
Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa pencipta alam dan matematik adalah satu Tuhan yang sama iaitu Allah s.w.t.
Keajaiban Mekah dan Kaabah
sumber: sini
KIBLAT WAKTU, BUKAN SAJA KIBLAT SOLAT
Pada 21 April 2004 di Doha, Qatar, telah berlangsung satu persidangan ilmiah yang penting bagi dunia Islam. Sebilangan para sarjana dan ulama Islam telah membincangkan kemungkinan untuk mengubah hitungan waktu (masa) yang selama ini menjadikan Greenwich Mean Time (GMT) sebagai meridian sifar, lalu menjadikan Makkah sebagai kiblat hitungan waktu, maksudnya Makkah akan menjadi meridian sifar menggantikan bandar Greenwich.
The Mecca Time concept asserts that Mecca, the holiest city of Islam located in Saudi Arabia on the surface of the Earth, is the true center of the Earth, and thus should replace the Greenwich Meridian (GMT). The demand was made by Sheikh Yusuf al-Qaradawi and other Muslim scientists and clerics meeting in Doha, Qatar on April 21, 2008 for a conference titled "Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice." The conference sought to promote "Ijaz al-Koran" - the belief and growing trend amongst Muslims that the Koran, the central Islamic religious text reveals many scientific facts. (en.wikipedia.org)
Persidangan ilmiah bersejarah itu telah dirasmikan oleh Dr Yusuf Qaradhawi. Ianya diberi nama "Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice." Turut hadir ialah pakar geologi Mesir, Dr Zaglur Najjar yang juga pensyarah geologi di Universiti Wales, Britain, dan Ir Yaseen Shaok, saintis yang menjadi pelopor jam Makkah.
Persidangan itu menyeru umat Islam sedunia menjadikan Makkah, khususnya Ka'abah yang berada di 21 darjah 25 minit latitud (garis lintang utara) dan 39 darjah 50 minit longitud (garisan bujur timur) sebagai titik awal hitungan waktu. Sebabnya jelas iaitu menurut kajian ilmiah, Makkah adalah PUSAT BUMI.
The conference revived a decades-old controversial issue, contending that the Greenwich Meridian was "imposed" by Britain and Western civilization during the colonial period and that Islam, unlike other religions in their view, does not contradict science. One of the contentions was that unlike other longitudes, Mecca was in perfect alignment with the magnetic north. Muslim clerics hail this as evidence of the "greatness" of the qibla - the direction determined to be towards Mecca that Muslims across the world must turn towards while reciting prayers. Expostulated by Yasin a-Shouk, the Switzerland-based inventor of Palestinian origin said it runs anti-clockwise in the direction of Tawaf, the rotation around the holy site of Kaaba within the Masjid Al-Haram in Mecca. The "Mecca watch" (Saat Makkah) is promoted to help Muslims determine the direction of Mecca from any point on Earth for purposes of daily prayers. (en.wikipedia.org)
Kajian tersebut telah dilakukan oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din Ibrahim, ilmuwan yang berasal dari Mesir, yang diterbitkan di The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center. Pusat penelitian yang berpusat di Kaherah, Mesir itu telah melakar peta baru dunia.
Di dalam peta dunia itu terlukis garisan-garisan menghubungkan kota-kota di pelusuk dunia ke arah Makkah. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle (bebola segitiga), Hosien menyimpulkan kedudukan Makkah berada di pusat daratan bumi (kerak bumi).
Dalam ertikata lain, Makkah, tempat Kabah berada telah disimpulkan sebagai PUSAT BUMI. Ini sekaligus membuktikan bahawa daratan bumi berkembang dari Makkah. Adalah menarik untuk direnungkan pada fenomena bahawa setiap tahun jutaan umat Islam sedunia mendatangi Kabah di Makkah untuk melaksanakan haji. Ketika tawaf, jutaan umat Islam mengelilingi Kabah, dengan arah berlawanan jarum jam. Arah itu bertentangan dengan putaran waktu hitunganGreenwich.
The (Qatar) meeting also reviewed what has been described as a Mecca watch, the brainchild of a French Muslim. The watch is said to rotate anti-clockwise and is supposed to help Muslims determine the direction of Mecca from any point on Earth. (BBC News)
Penelitian menggunakan program komputer oleh Hosien itu sebelumnya pernah dilakukan menggunakan perhitungan matematik oleh ilmuwan Islam, Abi Fadlallah Al-Emary, yang meninggal dunia pada 749 H. Peta itu kemudian diabadikan di dalam kitabnya Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar.
Peta yang menggariskan arah kiblat, Makkah, juga telah dilakar oleh pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal dunia pada 958 H), menggunakan hitungan astronomi. Hasil kajian dua ilmuwan itu juga membuktikan bahawa Makkah adalah PUSAT BUMI.
Dalam persidangan di Doha, salah seorang pembahas telah menjelaskan bahawa Makkah berada di titik lintang yang sejajar dengan titik magnetik Kutub Utara. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana kota lain di dunia hatta Greenwich sendiri walaupun ia dijadikan sebagai meridian sifar.
Siapakah yang menetapkan Greenwich sebagai Meridian sifar? Ia adalah Britain, yang pada waktu itu (tahun 1884) merupakan kuasa besar kolonial dunia. Kini Britain hanyalah sebuah negara biasa, dan sangat wajar jika Makkah menggantikan Greenwich kerana kedudukanya yang telah terbukti secara ilmiah sebagai PUSAT BUMI.
Dr Yusuf Qaradhawi yang menjadi Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa menggalakkan dunia Islam menjadikan Makkah sebagai titik awal perhitungan waktu menggantikan Greenwich. Qaradhawi menjelaskan mengapa Allah SWT menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat umat Islam di muka bumi.
"Kajian ilmiah moden itu (oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din Ibrahim) meneguhkan kemuliaan kiblat umat Islam. Juga menegaskan lagi teori bahawa Makkah adalah pusat bumi. Ini adalah sama dengan penegasan jati diri keislaman serta mengangkat tinggi kemuliaan umat Islam atas agama, umat, dan peradabannya," ujar Qaradhawi.
Persidangan di Qatar merupakan sebahagian dari usaha dunia Islam mencari bukti saintifik dari Al-Qur'an. Idea dasarnya adalah bahawa kebenaran ilmiah sudah termaktub dalam Al-Qur'an, dan tugas para ilmuwan ialah mencari bukti-bukti yang sudah diterangkan dalam Al-Qur'an tersebut.
Saya telah meneliti beberapa forum di internet. Ternyata sebilangan individu Barat agak emosional dari segi ini. Mereka bukan hanya tidak bersetuju Makkah dijadikan meridian sifar, malah telah memburukkan Islam. Pada hemat saya, mereka perlu membezakan antara agama dan penemuan saintifik. Jika mereka tidak mahu menerima Islam, mereka tidak wajar menolak bukti saintifik lantaran bias ini.
BARAT MENENTANG IDEA INI
Seorang ahli astronomi Institut Teknologi Bandung, Moedji Raharto, menyatakan bahawa pembahagian waktu bermula dari Makkah tidak menjadi masalah. "Itu membuat budaya baru di tengah kemapanan sistem yang sudah ada," katanya.
Pihak-pihak yang menentang menyatakan bahawa selama ini seluruh kegiatan di dunia merujuk pada waktu Greenwich. Mulai dari transaksi perbankan, perhitungan waktu di internet, dunia penerbangan, setting jam di kilang-kilang, seluruhnya merujuk perhitungan waktu Greenwich. Sebarang usaha untuk mengubahnya memerlukan perubahan dan dana yang besar.
Makkah sebenarnya memang telah menjadi perhatian dunia, bukan hanya oleh umat Islam dan bukan hanya ketika ibadah haji berlangsung. Jika Makkah menjadi meridian sifar, ia merupakan berita baik untuk umat Islam. Kata Moedji "Arah kiblat merupakan garis spiritual karena semua manusia tertuju ke sana." Moedji juga berpendapat bahawa menyatukan perhitungan waktu berdasarkan Makkah boleh dilakukan, "Dari segi matematik itu bisa dilakukan."
MAKKAH DAN GOLDEN RATIO
Untuk memahami mengenai apakah Golden Ratio atau Golden Mean, sila baca artikel Hasil Kajian: Rahsia Golden Ratio Alam Semesta Terbongkar.
Sebuah video yang memaparkan penemuan Erdem Cetinkaya mengenai kedudukan Makkah yang menurut kajiannya berada TEPAT di posisi Golden Mean 1.618. "This discovery is made by the 3d graphic artist, director who made some works that are world-wide famous, Erdem Cetinkaya. Right now his work of documentary-movie which includes the miracle of Kaaba and the miracles named Holy Mysteries".
Cetinkaya mendapati bahawa jika dibahagikan jarak Makkah dari noktasina Kutub Utara (7631.68 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan (12348.32 kilometer) adalah TEPAT 1.618.
Selanjutnya, jika dibahagikan jarak antara noktasina Kutub Utara dan Kutub Selatan (19980.00 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan (12348.32) maka jawapannya juga TEPAT 1.168.
Dengan menggunakan sebuah perisian grafik pula, beliau mendapati bahawa arak garis lintang antara Makkah ke garis ekuinoks Timur dan Barat juga punya nisbah TEPAT 1.618.
Beliau juga telah mengukur garis silang dari Makkah hingga ke garis ekuinoks dan mendapati bahawa ia juga punya Golden Ratio 1.618.
GOLDEN RATIO VS PUSAT BUMI
Setakat ini anda sudah membaca dua maklumat yang utama. Pertama: Makkah sebagai PUSAT BUMI. Kedua: Makkah berada di kedudukan Golden Ratio. Para skeptik mungkin berkata: "Mengapakah dua fakta ini bercanggah? Bukankah pusat itu berada di tengah-tengah?".
Maka sebagai permulaan, kita jawab: "Perhatikan pusat (navel) anda sendiri. Dia berada di tengah tubuh anda, dan dia berada di Golden Mean "The bottom the the girdle (waist-band) is also at a golden section point for the whole figure from the top of the head to the soles of the feet... this is also the position of the navel in the human body.. (www.mcs.surrey.ac.uk). Maka andai para skeptik mahu menolak hakikat ini, mereka perlulah ubah pendirian seluruh manusia di dunia bahawa pusat (navel) bukan berada di tengah-tengah tubuh. Janin menerima makanan (nutrition) melalui pusat itu, lalu mengalami proses tumbesaran.
AYAT DALIL MENGENAI MAKKAH
Izinkan saya membentangkan Hasil Kajian saya pula. Pada kali ini kita akan perhatikan Surah Ali 'Imran 3:96. Perhatikan maksud ayat ini, saya salinkan dari beberapa pentafsir:
"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia." (Melayu)
"Verily, the first House (of worship) appointed for mankind was that at Bakkah (Makkah), full of blessing, and a guidance for Al-'Alamîn (the mankind and jinn)." (Dr Mohsin).
"Lo! the first Sanctuary appointed for mankind was that at Becca, a blessed place, a guidance to the peoples;" (Marmaduke Pickthal). "The first House (of worship) appointed for men was that at Bakka: full of blessing and of guidance for all kinds of beings:" (Yusuf Ali).
Cahaya misteri dari Kaabah??
sumber: sini
gambar: Properties of NAMS.
Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : “Planet Bumi kelihatan seperti tergantung di kawasan yang sangat gelap dan siapa pula yang menggantungnya?”.
Para astronout dunia telah berjaya menemui fakta yang mana planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, dengan memaklumkannya melalui Internet. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kota Kaabah itu sendiri. Yang mengejutkan adalah kerana radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto dari planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan. Para saintis Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik yang mana menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana terdapat daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub. Tempat itu adalah kota Mekah sebenarnya.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kota Kaabah, kita akan merasakan terdapatnya suatu tenaga misteri yang menjadi tarikan kepada jemaah yang hadir ke sana.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang apabila di dalam air.
Keajaiban Telaga Zam-Zam
sumber: sini
Berapa Juta Liter Air Zamzam?
BERAPA banyak air zam-zam yang digunakan setiap musim haji? Mari kita hitung secara sederhana. Jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia pada setiap musim haji pada setiap tahun berjumlah sekitar dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah air. Sekiranya 2 juta orang membawa 5 liter zam-zam / seorang ke negara masing-masing, jumlahnya ialah 10 juta liter. Jika seorang jemaah tinggal 25 hari di Mekah dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!. Ini hanya kiraan secara kasar sahaja, betapa luar biasanya air zamzam ini dikongsi dan digunakan oleh sejumlah besar manusia, tanpa pernah kering !
ITULAH salah satu keanehannya. Puluhan juta liter air keluar dari telaga di Mekah ini yang letaknya di tengah padang pasir yang kering kontang. Kawasan gurun yang hujannya saja cuma 2 kali setahun. Dan air itu keluar dari sebuah telaga yang hanya berukuran sekitar 5 x 4 meter lebar dan kedalaman kira-kira 40 meter, bukannya berupa empangan besar. Itulah Keajaiban kurniaan Allah Maha Esa. Allahu Akhbar.
Keanehan Air Zamzam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Negara Mesir mengatakan kepada Press Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. Pernyataannya didasarkan bahawa kota Mekah itu letaknya di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian turun terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari sumur Zamzam. Masya Allah.
Tentu sahaja ini merupakan prasangka buruk yang merugikan dunia Islam. Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang amat marah mendengarnya. Baginda lalu memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain, seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemulihan Air Laut, di Kota Jeddah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada ketika beliau ingin memulakan tugasnya, Tariq belum mendapat gambaran, bagaimana telaga Zamzam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada batasnya.
Hanya TELAGA Kecil
Ketika sampai di dalam telaga Zamzam itu, Tariq kehairanan setelah menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki sahaja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tidak terbayang oleh beliau, bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan gelen air setiap musim haji. Dan itu telah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, iaitu sejak zaman Nabi Ibrahim AS.
TARIQ mulai mengukur kedalaman telaga zamzam tersebut. Beliau meminta pembantunya masuk ke dalam air telaga tersebut. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci. Lalu beliau meminta pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada lubang atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak ditemukan apapun!
Beliau berfikir, mungkin sahaja air telaga itu dibekalkan dari luar melalui saluran paip berukuran besar. Jika benarlah tanggapan tersebut sudah tentu dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaan itupun tidak terbukti. Tidak ditemukan gerakan air yang mencurigakan, juga tak ditemukan ada alat yang boleh membekalkan air dalam jumlah besar.
SETERUSNYA beliau minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga tersebut. Beliau mengarahkan pembantunya berdiri, dalam keadaan diam sambil mengamati sekelilingnya dengan teliti, dan melaporkan kepadanya sebarang maklumat yang dilihat dan diperhatikan secara teliti. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengacukan kedua belah tangannya sambil berteriak: “Alhamdulillah, Saya temukan dia! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar telaga ”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba saat penyedutan air (untuk dialirkan ke tempat pengumpulan air) berlangsung. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum masa penyedutan. Dan aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap sudut, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tak ada kocakan yang besar.
Selesai pengamatan itu, Tariq mengirimkan sampel air kebeberapa makmal di Eropah dan sebahagian ke makmal di Arab Saudi. Dan sebelum meninggalkan Ka’bah, dia berpesan kepada petugas di Mekah untuk menyelidiki keadaan telaga lainnya di sekitar Kaabah.
Sesampainya di pejabatnya di Jedah, beliau mendapat laporan bahawa telaga-telaga lain di sekitar Mekah dalam keadaan kering, hanya telaga Zamzam yang dipenuhi air. Allahu Akbar. Jika Allah menghendaki, apapun boleh terjadi.
Mengandungi Unsur Anti Kuman
HASIL penelitian sampel air di Eropah dan Saudi Arabia menunjukkan bahawa air Zamzam mengandung zat fluorida yang amat efektif membunuh kuman,. Dengan lain perkataan air tersebut seperti sudah mengandung ubat. Dengan itu perbezaan air Zamzam dibandingkan dengan air telaga lain di kota Mekah dan sekitar Arab adalah dalam aspek kualiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat kesan menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Selain daripada itu , hasil kajian makmal di Eropah juga menunjukkan bahawa air zamzam baik untuk diminum, selamat untuk diminum. Kenyataan ini secara automatiknya telah menyangkal prasangka buruk doktor di awal rencana di atas tadi.
Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya selalu stabil, selalu sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang pada setiap tahun. Dan Air zamzam ini tidak pernah dicampur bahan kimia apapun seperti air paip yang terdapat di Negara kita. Air Zamzam tetap terjaga, murni dan sihat.
Satu lagi kehebatannya ialah, telaga air zamzam tidak pernah ditumbuhi lumut, seperti yang berlaku dikebanyakan telaga yang terdapat di seluruh dunia yang biasanya ditumbuhi lumut dan tumbuhan serta terdapatnya mikro organisma.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
DIRIWAYATKAN dalam Sahih Muslim, Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar Ka’bah tanpa makan minum, selain Zamzam. “Siapa yang telah memberimu makan?”. “Saya tidak punya apa-apa kecuali air Zamzam ini, tapi saya bisa gemuk dengan adanya gumpalan lemak di perutku” Abu Dzarr menjelaskan, “Saya juga tidak merasa lelah atau lemah kerana lapar, dan tak menjadi kurus”. Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi GIZI”.
NABI SAW menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari IBNU ABBAS).
RASULULLAH saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memerciki orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya. Itu sebabnya saat ini banyak jamaah yang membawa air zamzam untuk diberikan kepada famili dan kerabatnya di Tanah AIR.
Yusria Abdel-Rahman Haraz dari negeri Arab, mengatakan bahawa dia telah diserang penyakit “bisul” di matanya. Sakitnya yang keterlaluan, tidak dapat disembuhkan dengan ubat. Dia hampir-hampri menjadi buta. Seorang doktor terkenal menasihati dia untuk disuntik dengan sejenis ubat khusus, yang mungkin boleh menyembuhkan sakitnya. Namun begitu dengan penggambilan ubat tersebut kemungkinan besar ada kesan sampingann yang boleh membuatkan dia buta selamanya.
Yusria sangat yakin akan kemurahan Allah. Dia lalu pergi melaksanakan umrah dan memohon kepada Allah menyembuhkan penyakitnya. Di Baitullah dia melakukan tawaf, yang pada ketika itu tak terlalu padat dengan manusia. Keadaan tersebut membolehkannya tinggal lebih lama di lokasi air zamzam. Dia manfaatkan untuk terus membasuh kedua matanya yang sakit. Ketika dia kembali ke hotel, sesuatu perkara pelik telah terjadi, kedua-kedua matanya yang sakit telah sembuh, dan bisulnya berangsur hilang.
Kejadian ini membuktikan kata-kata Rasulullah saw di atas:” Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Wallahu a’alam
Demikian beberapa khasiat air Zamzam. Manfaatkanlah sebaik-baiknya keistimewaan Zamzam ini ketika kita meminumnya di Mekah waktu ziarah nanti, atau ketika kita dihadiahi kerabat, teman kita, yang baru pulang dari Tanah Suci. Dianjurkan membaca do’a dulu sebelum meminumnya. Insyaallah berkat.


No comments:
Post a Comment